Monday 7 March 2016

                 
JABATAN :
JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
SESI :
DIS 2015
KOD KURSUS :
DUA 2012
NAMA KURSUS :
SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
NAMA PENSYARAH :
USTAZAH SURIANI BINTI HJ RIPIN
TAJUK :
KONSEP ASAS KAEDAH FIQH DAN APLIKASINYA
NAMA PELAJAR 1 :
MUHAMAD AMIRIN ZARIF BIN KHAIRUDIN
NO. PENDAFTARAN :
25DIS15F1024
NAMA PELAJAR 2 :
MOHD EFHAN HASRAF BIN MOHD HIRMAN
NO. PENDAFTARAN :
25DIS15F1046
NAMA PELAJAR 3 :
MUHAMMAD SHAZWAN HADI BIN MOHAMAD SHAROM
NO. PENDAFTARAN :
25DIS15F1056
KELAS :
DIS // 2B
ISI KANDUNGAN



BIL
TAJUK
1.
Penghargaan
2.
Pendahuluan
3.
Isu Semasa berkaitan Fiqh:
3.1 Orang Bukan Islam Membaca Al-quran
3.2 Penggunaa Nama Allah Oleh Orang Kristian
4.
Perbincangan Soal Jawab Tentang Kaedah Fiqh Oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman

5.
Kesimpulan
6.
Rujukan
7.
Lampiran
PENGHARGAAN

          Assalamualaikum Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan folio saya yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk “konsep asas kaedah fiqh dan aplikasinya”. Folio yang ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek “SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM” terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan projek folio saya ini. Sekalung penghargaan untuk guru subjek saya iaitu Ustazah Suraini Binti Ripin kerana memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan folio ini.  

Selain itu, saya juga sangat menghargai jasa guru subjek saya kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk folio saya sertamembantu saya dari semasa saya susah dan senang. Jasa beliau yang akan saya kenang ke akhir hayat.

Seterusnya, terima kasih juga kepad rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan.


Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan dan dibentangkan.
 PENDAHULUAN

            Kedah fiqh ialah prinsip-prinsip fiqh yang bersifat umum dalam bentuk nas pendek yang mengandungi hukum umum yang sesuai dengan bahagian-bahagiannya.

            Sebahagian ulama’ pula mentakrifkan kaedah fiqh sebagai kaedah-kaedah hukum yang bersifat umum yang diambil daripada dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah yang mana ia menjadi asas kepada kaedah-kaedah yang sekaligus dapat disesuaikan dengan banyak juziyyah atau cabang-cabang perbahasan dalam ilmu fiqh.


            Sebagai kesimpulannya, kaedah fiqh ialah suatu kaedah dalam undang-undang Islam yang disusun oleh para ulama’ untuk menjadi asas untuk memahami dan mengembangkan fiqh Islam tentang kaedah-kaedah hukum. Ia berlaku setelah kewafatan Nabi dan segala hukum tidak ada pembatalan lagi. Tetapi ia memerlukan jalan-jalan hukum yang berbentuk fleksibel untuk membuka peluang manusia menggunakan akal berpandukan nas supaya berjitihad. 
 Isu-Isu Semasa Tentang Kaedah Fiqh.

i.  Orang Bukan Islam Membaca Al-quran.
          Isu ini timbul dari kempen ceramah politik pakatan rakyat di pilihanraya Kecil Bukit Gantang, terdapat dua kelompok masyarakat Islam ketika mengamati peristiwa ini. Pertamanya ialah yang tidak bersetuju serta menganggap ia sebagai penghinaan khususnya disebabkan kesilapan sebutannya dan nama surah dan  yang keduanya  tidak melihat sebagai satu kesalahan malah menganggapnya sebagai satu kelebihan buat Islam.

Banyak dalil jelas menunjukkan bukan Islam turut membaca ayat-ayat al-quran sama ada secara tertutup atau terbuka  di zaman Nabi sa.w. Malah ayat-ayat al-Quran digelar mu'jizat (sesuatu yang mencari adat dan luar biasa serta melemahkan musuh), apabila ayat-ayatnya diteliti oleh ahli sastera kafir quraisy, tatkala itulah baru mereka mendapati Al-Quran adalah sebuah kalam Allah dan bukan hasil pemikiran manusia. Kesalahan sebutan dan nama surah, adalah dimaafkan bagi mereka yang dalam pembelajaran, apatah lagi orang bukan Islam. Terlalu ramai umat Islam yang masih gagal membaca al-Quran dengan betul malah ramai juga yang langsung tidak mampu membacanya.

Menurut laman web Hembusan Amal 4U, sebahagian ulama mengatakan bahawa golongan bukan Islam tidak diwajibkan dengan syariat dan hukum-hakam Islam. Oleh itu, mereka tiada halangan untuk membaca, membawa dan menyentuh al-Quran. Namun sebahagian ulama berpendapat bahawa orang bukan Islam turut ditaklifkan dengan hukum-hakam Islam. Mereka juga akan dihisab oleh Allah s.w.t di atas tindakan mereka tersebut.


ii.    Penggunaan Nama Allah Oleh Kristian.

        Dari pelbagai pandangan yang diutarakan dengan melihat dari pelbagai sudut. Secara asasnya, apa yang paling penting adalah, prinsip Islam itu sendiri dalam menilai isu sebegini. Berdasarkan pengamatan dari segenap aspek, baik dari hujah mereka yang membenarkan mahupun hujah mereka yang melarang, kesimpulan umum yang dapat dibuat adalah, ianya lahir (samada bersetuju atau menolak) daripada hujah-hujah yang zhonniyyah atau tidak muktamad.

Namun, ketika berhadapan dengan sesuatu isu setempat, pendirian seseorang ahli ilmu atau ulama’ selalunya dibina atas timbangan keilmuan yang teliti, setelah melihat segenap sudut yang perlu diperhatikan termasuklah maslahat sesebuah masyarakat Islam di tempat tersebut. Oleh yang demikian, dalam isu penggunaan kalimah “Allah” bagi orang-orang Kristian ataupun orang-orang kafir yang lain, pendirian seseorang ahli ilmu itu hanyalah berbentuk tarjih (menguatkan salah satu pendapat) setelah menilai isu ini dari pelbagai sudut.

Orang-orang Kristian menyembah tuhan dalam bentuk triniti, di mana tuhan itu bukan Maha Esa seperti kepercayaan orang-orang Islam dan bukan juga berbilang-bilang sebagaimana kepercayaan orang-orang kafir. Mereka bertuhankan tuhan yang satu dalam tiga dan tiga dalam satu. Bahkan, hampir tiada orang-orang Kristian yang mampu memahami konsep triniti dengan kefahaman yang tepat kerana setiap orang mempunyai persepsi yang berbeza tentang konsep trinity mereka.

Kesimpulannya, orang-orang Kristian percaya bahawasanya tuhan adalah:

- TUHAN AYAH (Yahweh)
- TUHAN ANAK (Jesus/Nabi Isa)
- TUHAN ROH QUDS (Holy Spirit)

Justeru, secara prinsipnya, masyarakat Islam sewajarnya tidak meredhai orang-orang Kristian menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada tuhan mereka kerana tuhan mereka tidak bersifat keesaan tetapi sebaliknya bersifat triniti. Di sisi orang-orang Kristian, mereka cuba membuktikan bahawasanya konsep triniti adalah konsep tauhid (atau monotheism). Maka, sebab itulah mereka juga mahu menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada tuhan mereka agar masyarakat Islam awam khususnya faham bahawa, mereka (orang-orang kristian) juga menyembah tuhan yang Maha Esa tetapi dalam bentuk triniti.
 Perbincangan Soal Jawab Tentang Kaedah Fiqh Oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman.

I.       Dalam kenyataan mengenai isu kalimah Allah pada 2009, Dr ada menyatakan mengenai persetujuan kalimah Allah digunakan oleh Kristian tetapi melihat kepada fenomena di Malaysia, Dr beranggapan ia tidak sesuai. Boleh jelaskan lebih lanjut kerana memang ada pihak yang turut bersetuju membenarkan agama lain menggunakan kalimah Allah dengan alasan Allah untuk semua makhluk. (mungkin Dr boleh bagi nas yang tidak dapat diargue oleh pihak lain).
          Benar, pandangan peribadi saya setelah melihat hampir semua hujjah-hujjah yang dibentangkan oleh para ulama silam dan semasa, saya lihat ia adalah ‘valid’. Namun ia tetap jatuh dalam kategori hukum yang boleh berubah mengikut keadaan dan setempat. Hal hukum haram yang berubah menjadi harus, harus berubah menjadi haram disebabkan situasi tertentu ini adalah sesuatu yang boleh berlaku malah kerap berlaku sejak dari zaman Baginda Nabi Muhammad lagi. Namun ia mestilah setelah meneliti syarat-syaratnya yang termaktub di dalam perbahasan ulama Usul Fiqh. Satu kaedah fiqh menyebut :
“Tidak dapat disangkal bahawa beberapa jenis hukum berubah dengan perubahan masa (dan tempat). (Majallah al-Ahkam Al-Adliyah)
Ulama silam seperti imam Ibn Qayyim dan ulama kontemporari Syeikh Dr. Mustafa Az-Zarqa berkata, para ulama mazhab telah sepakat akan kaedah ini dalam hal-hal hukum cabang dan ijtihad, adapun hukum asas dan prinsip umum Islam tidak boleh berubah. Dalam hal ini, bab penggunaan nama Allah ini adalah dalam kategori isu cabang. ( Ighathah al-Lahfan, 1/330 ; Majalah Al-Muslimun, hlm 553 )

Dari sudut sebab mengapa hukum terbabit tidak sesuai di semenanjung Malaysia antaranya adalah :-
1.            Keputusan pemerintah dalam hal yang diperbezakan adalah terpakai. Telah diketahui dalam kaedah Fiqh, “Pemerintah yang bertindak dan membuat keputusan untuk rakyat MESTILAH berlandaskan kepentingan awam”.  Maka saya kira, apabila pemerintah Malaysia berdasarkan data dan fakta yang mereka miliki menyakini kebenaran di Malaysia bakal menyuburkan kemurtadan dan kekeliruan khususnya di musim kelemahan umat Islam, itu patut diterima oleh ilmuwan lain walau mungkin mereka mempunyai idea dan pandangan berbeza.
2.            Malaysia sering dilanda kontroversi apabila undang-undang sedia ada digunakan dalam beberapa kes bagi seseorang Islam murtad dengan bantuan orang bukan Islam. Demikian isu kematian individu yang telah memeluk Islam tetapi tanpa pengetahuan keluarganya dan beberapa yang lain. Kerap kali isu sebegini apabila ditimbulkan di dalam masyarakat, suasana menjadi tegang di antara agama. Ini tidak baik bagi keharmonian masyarakat dan mudah mencetus ketegangan yang sukar diredakan kelak. Justeru, hal yang tidak signifikan dalam agama Kristian sendiri seperti terjemahan ‘God’ kepada ‘Allah’ bagi Bible bahasa melayu ini tidak berbaloi atau ‘worth it’ untuk  diketengahkan dan disebut oleh pemimpin Politik seperti Lim Guan Eng. Malah media juga patut berhati-hati dan menghindarkan diri dari asyik menjolok dan memanaskan isu sebegini. Atas sebab itu, saya cenderung kepada mengekalkan terjemahan kepada TUHAN adalah lebih baik berbanding mengubah kebiasaan yang sudah diamalkan sejak turun temurun di semenanjung Malaysia. Hal di Sabah Sarawak, itu hal mereka di sana sejak berpuluh tahun lepas, mengapa perlu dibawa ke semenanjung?. Suasana penduduk dan sensitiviti masyarakat yang berbeza di sana dan di semenanjung patut dijaga.

II.      Isu ini turut menimbulkan ketakutan dalam kalangan umat Islam khususnya yang memikirkan mengenai kesan negatif terutama dalam keadaan generasi muda hari ini yang agak lemah dan cetek mengenai ilmu agama. Mungkin Dr boleh tekankan aspek ini kerana kerisauan itu rasanya ada kewajarannya. Ini membabitkan hal akidah umat Islam yang terancam jika isu kalimah Allah tidak ditangani dengan berkesan.
         
Pertamanya, perlu difahami, dari sudut hukum asal, Kristian memang harus menggunakan nama Allah sebagai tuhan mereka, Cuma kita sebutkan dari sudut hak pemerintah untuk menyekat demi menjaga keharmonian Islam di tanahair ini. Pun begitu, umat Islam sendiri tidak boleh hanya marah-marah apabila isu ini timbul, mereka juga patutnya sedar jika mereka kuat, tiada bimbang lagi takut jikapun pihak Kristian menggunakan nama Allah bagi terjemahan God. Tapi yang tidak bagusnya hari ini adalah orang Islam kelihatan berlebihan marahnya dalam hal ini tetapi sensivitinya kelihatan pudar dalam isu yang lebih besar atau setara besarnya. Seperti isu penghinaan kepada Islam, hukum Islam (bukan hudud sahaja tetapi hukum dalam semua bab seperti perkahwinan dan lain-lain), penghinaan Nabi secara terangan yang dibuat oleh orang Islam sendiri melalaui kata-kata dan filem sebagai contoh. Saya faham dan sedar, umat Islam semakin bimbang kerana anak-anak kita mungkin lemah pendidikan dan penghayatan Islamnya, malah ibubapa juga lemah agamanya. Justeru, dengan kerancakkan menggunakan nama Allah bagi God di dalam Bible, ia mungkin bakal memeriahkan kekeliruan di kalangan yang sudah jahil di kalangan Islam hingga akhirnya mudah mereka dimurtadkan.
Dalam hal ini, saya menyeru diri saya dan semua pembaca agar memastikan diri sendiri mantap dari sudut ilmu agama, mengambil tokoh sahabat-sahabat Nabi dan ilmuwan Islam yang silam dan kontemporari sebagai bahan rujukan, bacaan dan cerita tauladan. Bukannya sambil berteriak memarahi Lim Guan Eng, tetapi melupakan fakta bahawa diri sendiri, rakan sebangsa dan seagama lebih patut diherdik kerana lebih teruk lagi menjauhkan umat dari penghayatan Islam dan aqidah Islam. Iaitu dengan mengasaskan insititusi riba, judi, menjadikan rasuah sebagai adat bisnes, menjadikan perbomohan syirik sebagai perubatan alternatif dan tradisional, menjadikan adat yang berunsur syirik sebagai bahan adat perkahwinan melayu dan lain-lain. Mengapa ini tidak diherdik dan dimarahi dengan setimpal? Justeru, jangan hanya kerana ia gesaan seorang orang politik maka kita tiba-tiba menjadi ‘super sensitif’ dan marah, namun melupakan diri dan pekung yang dicetus oleh bangsa sendiri.

III.    Apa nasihat Dr kepada umat dan agensi Islam di negara ini bagi menghadapi isu berkaitan kalimah Allah ini dan juga isu lain yang menyentuh sensitiviti umat Islam?


          Nasihat saya, perkukuhkan ilmu dan penghayatan Islam diri dan keluarga masing-masing. Mantapkan perancangan dan pelaksanaan aktiviti oleh institusi ulama dan jabatan-jabatan yang menguruskan hal ehwal pembangunan agama Islam. Media hendaklah membantu menjadikan mana-mana tokoh ilmuwan Islam sebagai role model dan bukan artis. Hiburan dan budaya hedonisme tanpa objektif kecuali duit dan seronok patut dikaji semula dari diberi ruang terlalu banyak di media kerana bagi saya ia lebih banyak merosakkan umat Islam berbanding kalaupun Kristian menggunakan nama Allah dalam terjemahan Bible mereka. Kerana Bible-bible ini tidak masuk ke rumah majoriti umat Islam tetapi TV, radio dan media cetak masuk dan mempengaruhi setiap hari.  Jika itu dapat dilakukan, apapun dakyah, gerakan Kristianisasi termasuklah isu berkaitan nama Allah akan sentiasa terkawal dan tidak dapat menembusi daya tahan umat Islam. Jangka terdekat pula, saya harapkan para ulama dapat sepakat menghalang penggunaan nama Allah bagi terjemahan God di dalam bible versi Melayu, manakala orang Kristian pula sedari mereka tiada perlukan teknik ini untuk menyebar dakyah mereka.