Monday 7 March 2016

 Isu-Isu Semasa Tentang Kaedah Fiqh.

i.  Orang Bukan Islam Membaca Al-quran.
          Isu ini timbul dari kempen ceramah politik pakatan rakyat di pilihanraya Kecil Bukit Gantang, terdapat dua kelompok masyarakat Islam ketika mengamati peristiwa ini. Pertamanya ialah yang tidak bersetuju serta menganggap ia sebagai penghinaan khususnya disebabkan kesilapan sebutannya dan nama surah dan  yang keduanya  tidak melihat sebagai satu kesalahan malah menganggapnya sebagai satu kelebihan buat Islam.

Banyak dalil jelas menunjukkan bukan Islam turut membaca ayat-ayat al-quran sama ada secara tertutup atau terbuka  di zaman Nabi sa.w. Malah ayat-ayat al-Quran digelar mu'jizat (sesuatu yang mencari adat dan luar biasa serta melemahkan musuh), apabila ayat-ayatnya diteliti oleh ahli sastera kafir quraisy, tatkala itulah baru mereka mendapati Al-Quran adalah sebuah kalam Allah dan bukan hasil pemikiran manusia. Kesalahan sebutan dan nama surah, adalah dimaafkan bagi mereka yang dalam pembelajaran, apatah lagi orang bukan Islam. Terlalu ramai umat Islam yang masih gagal membaca al-Quran dengan betul malah ramai juga yang langsung tidak mampu membacanya.

Menurut laman web Hembusan Amal 4U, sebahagian ulama mengatakan bahawa golongan bukan Islam tidak diwajibkan dengan syariat dan hukum-hakam Islam. Oleh itu, mereka tiada halangan untuk membaca, membawa dan menyentuh al-Quran. Namun sebahagian ulama berpendapat bahawa orang bukan Islam turut ditaklifkan dengan hukum-hakam Islam. Mereka juga akan dihisab oleh Allah s.w.t di atas tindakan mereka tersebut.


No comments:

Post a Comment