Monday 7 March 2016

 KESIMPULAN

Kesimpulannya, penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam di negara ini bagi merujuk kepada Tuhan mereka adalah sesuatu yang tidak wajar dan bukan merupakan hak mereka sebaliknya merupakan tanggungjawab mereka untuk menghormati penggunaan nama Allah yang benar oleh umat Islam dan tanggungjawab umat Islam untuk melindunginya daripada dicemari. Nama Allah adalah nama yang suci, yang di alam Melayu sejak awal penggunaannya telah membawa makna yang Islami, bukan makna umum dari segi bahasa sebagai Tuhan, melainkan makna khusus, sebagai Tuhan yang memiliki sifat-sifat yang tidak sama dengan tuhan-tuhan yang lain.


            Isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam melambangkan betapa seriusnya fenomena kehilangan adab di kalangan umat Islam, tidak terkecuali golongan intelektualnya. Adab di sini bukan hanya suatu sikap yang perlu ada bagi penuntut ilmu terhadap gurunya, atau dari orang bawahan kepada orang atasan, tetapi yang paling mendasar adalah pengakuan dan pengiktirafan akan adanya tempat tepat bagi segala sesuatu, termasuk diri sendiri dan orang lain, agar dapat meletakkannya pada tempat yang wajar dan tepat. Supaya yang tidak tahu menyedari ketidaktahuannya, lalu mahu mencari tahu dengan merujuk orang yang betul-betul tahu. 

No comments:

Post a Comment